Peluru berpandu dilancarkan AS dilapor landa pinggir Pulau Qeshm di selatan Iran

Sebuah peluru berpandu dilancarkan AS melanda satu kawasan di pinggir Pulau Qeshm di selatan Iran pada petang Jumaat, menurut berita Anadolu memetik laporan agensi berita separa rasmi Iran, Tasnim.

Menurut laporan itu, kata Anadolu, peluru berpandu terbabit menghentam kawasan dekat bandar Qeshm pada kira-kira jam 6.50 petang waktu tempatan (1520 GMT).

Setakat ini, tiada laporan mengenai korban jiwa mahupun pengesahan berhubung sasaran sebenar peluru berpandu terbabit, menurut Anadolu.