Menara di Daerah Kewangan Raja Abdullah dilaporkan rosak akibat serangan Houthi

Pasukan Pertahanan Awam telah bertindak balas terhadap satu insiden di mana sebuah daripada menara di Daerah Kewangan Raja Abdullah menjadi sasaran serangan Houthi pada Khamis, lapor Arabnews di laman webnya.

Menurut laporan itu, serangan itu mengakibatkan kerosakan fizikal pada beberapa tingkat menara itu serta bangunan-bangunan di sekitarnya, namun tiada kecederaan dilaporkan.

Menurut Arabnews, Kementerian Luar Negeri Arab Saudi, dalam satu kenyataan, mengutuk serangan berterusan oleh Houthi yang menyasarkan kemudahan awam dan ekonomi serta infrastruktur awam di Riyadh, sambil mengatakan militia terbabit merupakan ancaman kepada keselamatan rantau itu dan dunia.