Seorang pekerja meninggal dunia susulan satu letupan di sebuah kilang penapisan minyak dikawal kementerian tenaga Indonesia, manakala kebakaran yang tercetus akibat kejadian itu dapat dikawal, menurut berita Reuters memetik kerajaan yang berkata pada Khamis.
Kementerian Tenaga dan Sumber Mineral berkata, pihaknya akan menyiasat punca kejadian yang berlaku di daerah Cepu, Jawa Tengah, pada Rabu.
Letupan itu berlaku pada satu daripada tangki di kemudahan terbabit ketika kilang penapisan itu ditutup untuk kerja penyelenggaraan, lapor Reuters, pekerja terbabit mengalami kecederaan akibat letupan itu dan kemudiannya meninggal dunia.

