10 maut, 27 cedera dalam nahas bas-lori tangki di Balochistan

Sekurang-kurangnya 10 orang terkorban manakala 27 yang lain cedera selepas sebuah bas penumpang berlanggar dengan sebuah lori tangki gas di wilayah Balochistan, barat daya Pakistan pada Khamis, menurut pihak berkuasa — lapor berita Xinhua.

Kemalangan itu berlaku di Lebuh Raya Pantai Makran dekat kawasan Ormara di wilayah berkenaan, kata Timbalan Superintendan Polis Ormara, Nabi Bakhsh Roonjha, kepada pihak media.

Perlanggaran itu mencetuskan kebakaran yang menyambar kedua-dua kenderaan, menyebabkan penumpang terperangkap di dalamnya. Beberapa mangsa yang cedera mengalami kesan terbakar, kata pegawai itu.

Bas terbabit dalam perjalanan dari bandar Turbat menuju ke bandar pelabuhan Karachi di selatan negara itu apabila ia berlanggar dengan lori tangki berkenaan.