Hampir 1,500 orang terkandas di Fukushima akibat salji lebat

Hampir 1,500 orang terkandas di sebuah perkampungan di wilayah Fukushima, Jepun, selepas salji lebat menyebabkan pokok tumbang dan menghalang laluan jalan, menurut pihak berkuasa tempatan pada Sabtu — seperti dilaporkan berita Anadolu.

Mereka yang terkandas termasuk kira-kira 900 penduduk serta 500 individu yang menginap di hotel dan penginapan lain di sekitar kawasan Urabandai, di perkampungan Kitashiobara, menurut Anadolu, memetik laporan Agensi Berita Kyodo yang memetik kenyataan pihak berkuasa.

Kawasan itu dikatakan destinasi pelancongan pergunungan yang popular.

Pokok-pokok yang jatuh turut merosakkan talian elektrik dan menyukarkan usaha pemulihan, menyebabkan kira-kira 700 isi rumah tanpa elektrik, namun setakat ini, tiada kecederaan dilaporkan.