Gempa 5.6 magnitud landa Qinghai di barat laut China

Satu gempa bumi bermagnitud 5.6 menggegarkan bandar Delingha di Wilayah Qinghai, barat laut China, pada 6:45 petang Sabtu (Waktu Beijing), lapor berita Xinhua memetik Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC).

Pusat gempa dikesan pada latitud 37.14 darjah utara dan longitud 96.62 darjah timur. Gempa bumi itu dilaporkan berlaku pada kedalaman 10 km.