Banjir landa 850 rumah di utara Perancis

Hujan lebat menyebabkan banjir yang menenggelamkan 850 rumah di jabatan Pas-de-Calais, utara Perancis, menurut pihak berkuasa tempatan pada Sabtu — lapor berita Anadolu.

Menurut berita Anadolu, Prefek Pas-de-Calais, Francois-Xavier Lauch, memberitahu penyiar awam Franceinfo bahawa 85 jalan masih ditutup dan paras air Sungai Canche telah melepasi paras tertinggi dalam sejarah di beberapa lokasi.

Lauch berkata, lebih ramai penduduk mungkin perlu dipindahkan dan mereka yang telah meninggalkan kediaman masing-masing tidak akan dapat pulang pada Sabtu.

Menurut pihak prefektur, kira-kira 800 orang telah dipindahkan sejak 19 November.

Agensi kaji cuaca kebangsaan, Meteo-France, memaklumkan amaran banjir tahap jingga masih berkuat kuasa bagi Pas-de-Calais.