Gabungan pimpinan Arab Saudi di Yaman berkata pada Selasa bahawa sebuah menara di pusat kewangan di ibu kota Arab Saudi, Riyadh, menjadi sasaran kepada apa yang disifatkan sebagai “serangan pengganas pengecut”, lapor berita Xinhua.
Jurucakap gabungan itu, Turki al-Maliki, berkata dalam satu kenyataan di X, bahawa pihak berkuasa berkaitan mengambil tindakan di lokasi kejadian, lapor Xinhua, kenyataan itu tidak memberikan perincian lanjut mengenai bentuk serangan itu atau pihak bertanggungjawab dan tidak menyebut sebarang korban jiwa atau kerosakan material.
