7 maut dalam nahas jalan raya di Sumedang Indonesia

Tujuh orang maut dan enam yang lain cedera dalam kemalangan jalan raya membabitkan lapan kenderaan di Samoja, Kabupaten Sumedang, lapor berita Antara memetik Polis Jawa Barat.

Ketua Polis Jawa Barat, Inspektor Jeneral Polis Hengki di Sumedang pada Isnin berkata angka kematian meningkat selepas dua orang yang sebelum ini menerima rawatan di rumah sakit dinyatakan meninggal dunia.

“Yang meninggal di lokasi tadi ada lima orang, sedangkan dua orang lainnya meninggal selepas dibawa ke rumah sakit. Yang lainnya ada enam orang mengalami kecederaan; seorang cedera parah dan lima cedera ringan,” katanya, menurut Antara.