Operasi cari mangsa hilang dalam kebakaran kilang di Indonesia bersambung Isnin, polis pindah 24 beg mayat

Polis Indonesia memindahkan 24 beg mayat dari sebuah kilang yang musnah akibat kebakaran di Jawa pada Ahad, sementara anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan sisa api, sehari selepas kebakaran memusnahkan bangunan terbabit dan pencarian berpuluh-puluh pekerja hilang terpaksa dihentikan pada malam, menurut berita Reuters.

Kebakaran tercetus pada petang Sabtu di kilang gula-gula PT Fonusa Agung Mulia di Cikande, di wilayah Serang, lapor Reuters. Kilang itu adalah sebahagian daripada syarikat United Family Food Indonesia, yang ditubuhkan pada 1981, menurut Reuters memetik laman webnya.

Menurut berita Anadolu, memetik akhbar harian berbahasa Inggeris tempatan, Jakarta Globe, kebakaran itu bermula pada Sabtu sekitar jam 4.30 petang waktu tempatan (0930 GMT).