Dua orang maut pada Isnin apabila sebuah helikopter terhempas ke lereng bukit di Temecula, sebuah bandar di California Selatan, menurut berita Anadolu memetik laporan media tempatan.
Menurutnya, Cal Fire mengesahkan kematian kepada NBC Los Angeles, mengatakan nahas itu berlaku pada kira-kira jam 9.30 pagi waktu tempatan (1730 GMT) di De Portola Road dekat Oak Mountain Road, satu kawasan yang terletak dekat dengan beberapa ladang anggur.
Menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), hanya dua mangsa terbabit berada di dalam helikopter jenis Robinson R22 itu.
