6 dilapor hilang dalam nahas pesawat di Mississippi

Pihak berkuasa mencari enam orang, membabitkan empat dewasa dan dua kanak-kanak, yang berada di dalam sebuah pesawat terhempas dekat Horn Island, di negeri Mississippi, Amerika Syarikat (AS), pada Selasa, lapor berita Xinhua.

Pesawat jenis Cessna enjin tunggal itu dalam perjalanan dari Lapangan Terbang New Orleans Lakefront menuju ke Fort Myers, Florida, apabila ia terputus hubungan pada kira-kira 3:45 petang waktu tempatan (2145 GMT). Radar menunjukkan pesawat itu menjunam pada kadar 10,000 kaki (3,048 meter) seminit sebelum hubungan terputus, lapor Xinhua memetik media tempatan, yang memetik Pengawal Pantai AS sebagai berkata.

Kru mencari setakat ini telah menemui tiga jaket keselamatan, sebuah rakit penyelamat dan bahagian kabin pesawat terbabit, namun tiada tanda mengenai penumpang yang berada di dalamnya, kata Juan Ros, pegawai maklumat awam bagi Pengawal Pantai.