23 dilapor cedera dalam serangan letupan ke atas bangunan kerajaan Colombia

Bilangan mangsa yang cedera dalam serangan letupan ke atas ibu pejabat kerajaan di jabatan Meta, di tengah Colombia pada Isnin, meningkat kepada 23 orang, menurut berita Xinhua memetik laporan media tempatan pada Selasa.

Mangsa yang cedera, dengan tahap kecederaan yang berbeza-beza, dibawa ke beberapa kemudahan perubatan di Villavicencio, ibu kota jabatan Meta. Tiada kematian dilaporkan, menurut Xinhua memetik laporan itu yang memetik pihak berkuasa kesihatan sebagai berkata.

Datuk bandar Villavicencio, Alexander Baquero, dilapor berkata pada Selasa, lebih daripada 85 premis rosak akibat letupan itu. Menurutnya, kerajaan perbandaran dan jabatan akan menawarkan ganjaran sebanyak 150 juta peso Colombia (42,670 dolar AS) bagi maklumat yang membawa kepada pengenalpastian pihak bertanggungjawab.