Sekurang-kurangnya 29 orang pelombong dikhuatiri terperangkap di dalam lubang lombong yang dinaiki air di tapak Ciguha milik PT Antam di Bogor, Jawa Barat, Indonesia, menurut kenyataan pegawai tempatan pada Rabu — lapor berita Xinhua.
Kejadian itu dilaporkan berlaku pada petang Isnin ketika hujan lebat, yang menyebabkan sungai berhampiran melimpah dan membanjiri terowong lombong terbabit.
Pihak berkuasa tidak menerima laporan mengenai pelombong terperangkap itu, sehinggalah pada awal Rabu.
