Helikopter tentera Turki terhempas semasa penerbangan latihan, 5 maut

Lima anggota tentera Turki terkorban apabila sebuah helikopter AS-532 milik Tentera Udara terhempas semasa penerbangan latihan selepas berlepas dari Eskisehir, lapor berita Anadolu memetik Kementerian Pertahanan pada Selasa.

“Sebuah helikopter AS-532 milik Tentera Udara kita terhempas selepas berlepas dari Eskisehir bagi tujuan latihan,” kata Kementerian Pertahanan Nasional Turki dalam satu kenyataan.

“Lima wira seperjuangan yang berada di dalam helikopter milik Tentera Udara kita, yang terhempas semasa penerbangan latihan di Eskisehir, telah syahid,” menurut kenyataan itu.