2 anggota polis dilapor terbunuh, 1 cedera dalam serangan “pengganas” di tenggara Iran

Dua anggota polis terbunuh dan seorang lagi cedera pada Isnin dalam serangan tembakan oleh “pengganas” bersenjata di wilayah Sistan dan Baluchestan, tenggara Iran, menurut berita Xinhua memetik laporan agensi berita rasmi IRNA.

Anggota polis terbabit sedang melakukan rondaan di jalan raya antara daerah Bampur dan Iranshahr apabila serangan itu berlaku, menurut berita Xinhua memetik IRNA, memetik kenyataan dikeluarkan oleh pusat arahan polis wilayah.

Sistan dan Baluchestan, yang bersempadan dengan Pakistan dan Afghanistan, sering menyaksikan pertempuran membabitkan pasukan keselamatan Iran, militan, dan penyeludup dadah, dengan orang awam serta anggota keselamatan menjadi sasaran serangan pengganas.