4 pesawat yang menerima ancaman bom bersiap sedia untuk mendarat di Prague— Polis Czech

Polis Czech memaklumkan pada Khamis bahawa mereka sedang bekerjasama dengan Lapangan Terbang Prague bagi persediaan pendaratan empat pesawat yang menuju ke ibu kota Czech itu, susulan penerimaan ancaman bom yang mendakwa bahan letupan telah diletakkan di dalam pesawat-pesawat terbabit, lapor berita Xinhua.

Polis menilai tahap kredibiliti ancaman itu sebagai rendah.