5 maut, 1 cedera dalam serangan ke atas bot nelayan di luar pantai selatan Ecuador

Lima anggota kru maut dan seorang lagi cedera apabila sekumpulan lelaki bersenjata menyerang sebuah bot nelayan di luar pantai selatan Ecuador pada awal Khamis, menurut berita Xinhua memetik media tempatan yang memetik sumber polis.

Serangan itu dilapor berlaku sekitar jam 2 pagi waktu tempatan dekat Puerto Bolivar di wilayah El Oro.

Bot terbabit berlepas dari Posorja, sebuah komuniti pesisir pantai di kawasan Guayaquil.

Menurut laporan awal, lelaki-lelaki bersenjata yang menaiki beberapa bot kecil memintas vesel itu ketika anggota kru sedang berehat. Penyerang kemudian menaiki bot nelayan terbabit dan melepaskan tembakan.

Bot itu kembali ke Posorja selepas tembakan, di mana pegawai forensik menemukan mayat mangsa.