10 maut dalam pergaduhan di penjara Mexico

Sembilan banduan dan seorang pelawat kanak-kanak maut pada Khamis dalam pergaduhan di penjara El Castillo di negeri Sinaloa, barat laut Mexico, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.

Seramai 16 lagi banduan cedera dan dibawa untuk mendapatkan rawatan perubatan, Xinhua memetik kenyataan sekretariat keselamatan awam negeri itu.