4 maut dan 6 cedera terowong runtuh di Mongolia Dalam, utara China

Terowong dalam pembinaan runtuh awal pagi Jumaat di bandar Ulanqab, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, utara China, menyebabkan empat orang maut dan enam lagi cedera, menurut pihak berkuasa tempatan, berita Xinhua melaporkan.

Kemalangan itu berlaku sekitar jam 3:50 pagi di seksyen pembinaan terowong yang dijalankan oleh China Railway 15th Bureau Group Co, Ltd untuk daerah Zhuozi, Ulanqab.

Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan. Rawatan untuk mangsa yang cedera dan siasatan kemalangan sedang dijalankan.