2 juruterbang maut apabila pesawat latihan terhempas di utara India

Dua juruterbang terbunuh apabila sebuah pesawat latihan terhempas di negeri Uttar Pradesh, utara India, menurut berita Anadolu memetik pegawai pada Khamis.

Kejadian itu berlaku di Kanpur selepas sebuah pesawat empat tempat duduk enjin berkembar berlepas dari sebuah pusat latihan, kata Raghubir Lal, seorang pegawai kanan polis di kawasan itu, kepada pemberita.

Menurut Anadolu, Kementerian Penerbangan Awam India berkata pesawat itu dalam penerbangan latihan di kawasan penerbangan tempatan Lapangan Terbang Awam Kanpur apabila ia terhempas pada petang Khamis.