Wanita terbunuh dalam serangan dron di wilayah Voronezh, Rusia

Seorang wanita terbunuh dan dua orang cedera selepas serpihan dron jatuh di atas sebuah rumah di pekan Borisoglebsk di wilayah Voronezh, Rusia, kata gabenor wilayah Alexander Gusev pada Khamis, menurut berita Reuters.

Sistem pertahanan udara telah memusnahkan 19 dron di rantau itu, lapor Reuters memetik tulisan Gusev di aplikasi pesanan Telegram.

Kementerian pertahanan Rusia dilapor berkata, 448 dron Ukraine ditembak jatuh di beberapa wilayah semalaman.