Sekurang-kurangnya 14 bayi terbunuh apabila kebakaran berlaku di wad ginekologi Institut Sains Perubatan Pakistan pada Rabu, menurut berita Xinhua memetik sumber polis.
Kebakaran itu berlaku sekitar jam 6:40 pagi waktu tempatan (0140 GMT) di kawasan wad ginekologi di tingkat tiga hospital, di mana terdapat kanak-kanak, kata sumber kepada Xinhua.
Pentadbiran hospital melancarkan operasi menyelamat, sementara anggota bomba, ambulans dan polis bergegas ke tempat kejadian, lapor Xinhua, beberapa kanak-kanak dilaporkan diselamatkan dari wad berkenaan.
Menurut Xinhua, sumber itu berkata, pada mulanya sembilan kanak-kanak maut di tempat kejadian, manakala yang lain kemudiannya meninggal dunia akibat kecederaan mereka selepas dipindahkan ke wad kanak-kanak.

