384 pelancong hilang dalam banjir Nepal

Seramai 384 pelancong, termasuk 291 warga asing, dilaporkan hilang selepas banjir kilat besar melanda daerah Rasuwa di utara Nepal, kata Lembaga Pelancongan Nepal pada Rabu, lapor Xinhua.

Menurut Xinhua, Sunil Sharma, jurucakap di lembaga itu, berkata pelancong asing yang hilang itu antara lain adalah dari India, Australia, Belanda, Amerika Syarikat, Malaysia, Britain dan Afrika Selatan.