Lebih 31,000 orang terjejas akibat banjir di negeri Mon, Myanmar

Seramai 31,874 orang daripada 6,997 isi rumah terjejas akibat banjir yang disebabkan oleh hujan lebat di pekan Kyaikmaraw di negeri Mon, selatan Myanmar, setakat pagi Rabu, menurut berita Xinhua memetik badan pentadbiran pekan itu.

Hujan lebat dilaporkan bermula dari 20 Ogos terus turun di pekan itu, menyebabkan banjir di 17 kawasan kampung dan dua wad.

Dua pusat perlindungan dibuka, menempatkan lebih 370 orang setakat Rabu. Pihak berkuasa menyediakan makanan asas dan air minuman kepada penduduk terjejas.