Juruterbang maut pendaratan cemas di Croatia

Sebuah pesawat kecil melakukan pendaratan cemas dekat pekan Vinkovci di timur Croatia pada Jumaat, menyebabkan juruterbangnya terbunuh, menurut berita Xinhua memetik polis tempatan.

Polis dan pasukan kecemasan telah dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima laporan mengenai kemalangan itu pada kira-kira jam 10:05 pagi waktu tempatan (0805 GMT), menurut jabatan polis Daerah Vukovar-Srijem.