Gelongsoran lumpur, tanah runtuh menyebabkan 4 maut di Jiangxi, timur China

Empat orang disahkan meninggal dunia pada Ahad selepas beberapa siri gelongsoran lumpur dan tanah runtuh melanda Daerah Suichuan di Wilayah Jiangxi, timur China pada Sabtu, menurut berita Xinhua.

Di Kampung Mingkeng, Pekan Gaoping, gelongsoran lumpur dan tanah runtuh pada Sabtu menyebabkan tiga orang maut dan sembilan orang hilang setakat tengah hari Ahad, lapor Xinhua memetik pemberita di lokasi kejadian.

Di daerah yang sama, dua orang dilaporkan hilang selepas tanah runtuh melanda Kampung Yangfen di Pekan Zuo’an pada Sabtu, dan salah seorang daripada mereka kemudiannya ditemui mati pada petang Ahad menurut kerajaan tempatan. Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan.