GLOBAL

  • 332 mayat ditemui akibat banjir di Nepal

    Sejumlah 332 mayat ditemui dari kawasan dilanda banjir di Nepal setakat 3:50 petang waktu tempatan Khamis, menurut berira Xinhua memetik Polis Nepal dalam satu kenyataan.

    Anggota polis telah memindahkan keluarga dari kawasan berisiko banjir ke lokasi selamat dan menjalankan operasi mencari dan menyelamat dengan kerjasama agensi kerajaan lain dan penduduk tempatan, lapor Xinhua memetik kenyataan itu.

    Dua puluh tujuh pelancong asing telah diselamatkan, menurut Pihak Berkuasa Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan.

  • 4 maut dalam nahas pesawat kecil di Alaska AS

    Empat orang terbunuh selepas sebuah pesawat kecil terhempas di perairan dekat pekan pesisir Seldovia di negeri Alaska AS pada Rabu, kata Jabatan Keselamatan Awam Alaska, menurut berita Xinhua.

    Pasukan Tentera Negeri Alaska dimaklumkan mengenai nahas itu kira-kira jam 1:18 petang waktu tempatan (2118 GMT), lapor Xinhua memetik jabatan itu. Pesawat Piper PA-24 itu sedang terbang dari Anchorage ke Seldovia apabila ia terhempas ke dalam air dan tenggelam sepenuhnya.

  • 157 mayat ditemui selepas banjir besar di sempadan Nepal-Tibet

    Sebuah tembok besar lumpur dan batu runtuh ke dalam sungai di sempadan Himalaya Nepal dan Tibet China pada Rabu, mencetuskan banjir besar di bahagian Nepal yang mengorbankan ramai orang dan menyebabkan ratusan pelancong hilang, menurut berita Reuters.

    Menurut Reuters, ketika gelap tiba, pihak berkuasa meneruskan tugas suram untuk mencari dan cuba mengenal pasti mayat.

    Kira-kira 157 mayat telah ditemui setakat ini, kata polis Nepal lewat Rabu, menurut Reuters, pegawai di kementerian pelancongan Nepal memberitahu saluran media bahawa lebih 400 pelancong hilang, di mana kira-kira 340 daripadanya adalah warga asing.

    Menurut Reuters, Sunil Sharma, jurucakap lembaga pelancongan Nepal, memberitahu Toronto Star bahawa 133 pelancong berasal dari India dalam perjalanan ziarah.

    Dia dilapor berkata, 47 pelancong yang hilang adalah dari Amerika Syarikat, 34 dari Australia, 33 dari Britain dan 24 dari Kanada.

  • 3 maut, 265 hilang selepas gelongsoran lumpur landa pelabuhan sempadan di Xizang, China

    Tiga orang terbunuh dan 265 yang lain masih hilang sehingga jam 8 malam Rabu selepas gelongsoran lumpur melanda pelabuhan di sempadan China-Nepal di Wilayah Autonomi Xizang, barat daya China, menurut berita Xinhua memetik pegawai.

  • 72 mayat ditemui selepas banjir kilat di Nepal

    Seramai 72 orang ditemui mati dalam banjir kilat di Sungai Bhote Koshi di Nepal, menurut berita Xinhua memetik polis.

    Menurut Xinhua, Abi Narayan Kafle, jurucakap Polis Nepal, mengesahkan kepadanya, sambil menambah bahawa 41 orang yang cedera menerima rawatan di hospital berbeza.

  • 6 orang hilang apabila bot terbalik di Bihar, India

    Sekurang-kurangnya enam orang hilang, manakala 12 orang lagi berjaya berenang ke tempat selamat selepas sebuah bot yang membawa mereka terbalik pada Rabu di negeri Bihar, timur India, menurut berita Xinhua memetik laporan media tempatan.

    Bot itu terbalik di Sungai Ganges di daerah Bhagalpur, kira-kira 232 km di timur Patna, ibu kota Bihar.

    Menurut Xinhua, media tempatan memetik pegawai sebagai berkata bahawa terdapat 18 buruh di atas bot. Buruh-buruh itu sedang menyeberangi sungai dengan bot untuk pergi bekerja apabila kejadian tragis itu berlaku, Xinhua memetik laporan itu.

  • 384 pelancong hilang dalam banjir Nepal

    Seramai 384 pelancong, termasuk 291 warga asing, dilaporkan hilang selepas banjir kilat besar melanda daerah Rasuwa di utara Nepal, kata Lembaga Pelancongan Nepal pada Rabu, lapor Xinhua.

    Menurut Xinhua, Sunil Sharma, jurucakap di lembaga itu, berkata pelancong asing yang hilang itu antara lain adalah dari India, Australia, Belanda, Amerika Syarikat, Malaysia, Britain dan Afrika Selatan.

  • Taufan Narra menyebabkan 2 orang maut, 3 cedera di utara Vietnam

    Hujan lebat yang berkaitan dengan Taufan Narra menyebabkan dua orang maut dan tiga lagi cedera di utara Vietnam, menurut berita Xinhua memetik Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Benteng Vietnam pada Rabu.

    Dua kematian dilaporkan di wilayah Lang Son, manakala tiga kecederaan dilaporkan masing-masing di ibu kota Hanoi, wilayah Son La dan wilayah Quang Ninh.

    Taufan dan hujan lebat itu juga memusnahkan sepenuhnya dua buah rumah dan merosakkan 1,075 buah rumah lain di utara dan tengah Vietnam, dengan Lang Son melaporkan kerosakan paling teruk, lapor Xinhua.

    Sebanyak 3,746 buah rumah lagi ditenggelami air, manakala 2,823 isi rumah masih terpencil akibat jalan raya ditenggelami air.

  • Sekurang-kurangnya 14 bayi maut dalam kebakaran hospital di Islamabad

    Sekurang-kurangnya 14 bayi terbunuh apabila kebakaran berlaku di wad ginekologi Institut Sains Perubatan Pakistan pada Rabu, menurut berita Xinhua memetik sumber polis.

    Kebakaran itu berlaku sekitar jam 6:40 pagi waktu tempatan (0140 GMT) di kawasan wad ginekologi di tingkat tiga hospital, di mana terdapat kanak-kanak, kata sumber kepada Xinhua.

    Pentadbiran hospital melancarkan operasi menyelamat, sementara anggota bomba, ambulans dan polis bergegas ke tempat kejadian, lapor Xinhua, beberapa kanak-kanak dilaporkan diselamatkan dari wad berkenaan.

    Menurut Xinhua, sumber itu berkata, pada mulanya sembilan kanak-kanak maut di tempat kejadian, manakala yang lain kemudiannya meninggal dunia akibat kecederaan mereka selepas dipindahkan ke wad kanak-kanak.

  • 4 maut bas penumpang terjunam ke dalam gaung di Punjab, Pakistan

    Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan 16 yang lain cedera selepas sebuah bas penumpang terjunam ke dalam gaung dalam di daerah peranginan bukit di Murree, timur laut Pakistan dekat ibu kota Islamabad pada Selasa, menurut berita Xinhua memetik pegawai penyelamat.

    Kemalangan itu berlaku di kawasan Lower Barian Liran Tain apabila bas yang membawa lebih 20 penumpang itu terbabas dari jalan raya dan jatuh ke dalam gaung dalam, lapor Xinhua memetik Rescue 1122.