Taufan Isaias membadai daratan dekat Destin, negeri Florida, Amerika Syarikat (AS), sebagai ribut kategori 2 yang berbahaya, menurut kenyataan terkini Pusat Taufan Kebangsaan AS pada Jumaat, Xinhua melaporkan.
“Lonjakan ribut yang mengancam nyawa sedang melanda Pantai Teluk (Gulf Coast) ketika keadaan taufan yang berbahaya dan banjir kilat merebak ke kawasan pedalaman,” Xinhua memetik agensi itu.
Menurut ahli kaji cuaca, taufan pertama musim Atlantik 2026 itu mencatatkan kelajuan angin berterusan maksimum 105 batu sejam (169 km/j) setakat malam Jumaat. Ia dijangka membawa hujan lebat, angin kencang dan lonjakan ribut ke kawasan luas di wilayah Tenggara.
