2 cedera dalam nahas pesawat di barat Australia

Dua lelaki cedera selepas sebuah pesawat ringan terhempas dekat sebuah padang terbang kecil di Australia Barat (WA) pada pagi Sabtu, lapor berita Xinhua.

Perkhidmatan kecemasan dikerahkan susulan laporan mengenai sebuah pesawat ringan enjin tunggal yang terhempas dekat padang terbang persendirian, kira-kira 50 km di utara Perth (ibu negeri WA), pada sekitar jam 10.20 pagi Sabtu.

Dua lelaki yang berada di dalam pesawat itu — seorang berusia lingkungan 60-an dan seorang lagi lingkungan 30-an, menerima rawatan kecemasan di lokasi kejadian.