Seorang bayi Palestin berusia empat bulan meninggal dunia pada petang Ahad selepas tentera Israel menghalang keluarganya selama lebih sejam daripada membawanya ke sebuah hospital di barat Ramallah di Tebing Barat yang diduduki, menurut berita Anadolu memetik seorang pegawai Palestin.
Menurut Anadolu, gabenor Ramallah dan Al-Bireh, Laila Ghannam, berkata dalam satu catatan Facebook bahawa doktor di Hospital Arab Istishari mengumumkan kematian Ahmad Maarouf Zaid selepas tentera Israel menghalang keluarganya daripada memindahkannya untuk rawatan walaupun keadaannya kritikal.
Dia berkata, tentera Israel menghalang keluarga itu daripada melintasi pusat pemeriksaan sambil melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah rakyat Palestin dan kenderaan, menghalang bayi itu daripada sampai ke hospital tepat pada masanya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.

