2 maut, 4 hilang selepas tanah runtuh di Yunnan, barat daya China

Dua orang ditemui mati dan empat masih hilang selepas tanah runtuh dicetuskan oleh hujan melanda wilayah Yunnan, barat daya China, menurut berita Xinhua memetik pihak berkuasa tempatan pada Ahad.

Antara jam 1 pagi dan 8 pagi pada Ahad, hujan lebat berterusan melanda Pekan Fengshan di Yunnan. Hujan menyebabkan sejumlah enam orang hilang, dua daripadanya ditemui mati dan empat masih hilang.