Taufan Gaenari mendarat sekitar jam 12:30 tengah hari Isnin di sepanjang pantai Perbandaran Zhangban di bandar Quanzhou, wilayah Fujian, timur China, menurut balai cerap meteorologi wilayah Fujian, lapor Xinhua.
Taufan ke-20 tahun ini mendarat selepas menjadi kuat daripada lekukan tropika kepada ribut tropika pada jam 11 pagi Isnin, dengan angin maksimum berkekuatan 18 meter sesaat (Force 8) dekat pusatnya.
Selepas mendarat, Gaenari dijangka terus bergerak ke arah barat laut, secara beransur-ansur menjadi lemah.

