4 pelancong China cedera dalam perlanggaran kereta api di selatan Peru

Empat pelancong China cedera selepas dua kereta api bertembung pada Selasa di selatan Peru, lapor berita Xinhua memetik Kedutaan China di Peru.

Empat yang cedera dibawa ke hospital tempatan untuk rawatan, kata kedutaan itu.