2 maut, 2 cedera selepas helikopter pemindahan perubatan terhempas di California Selatan

Dua orang maut dan dua lagi cedera selepas sebuah helikopter pemindahan perubatan terhempas ke dalam perairan dekat Pulau Catalina di California Selatan pada malam Rabu, menurut berita Xinhua memetik pihak berkuasa.

Pegawai bomba menerima laporan mengenai nahas itu pada jam 7:53 malam waktu tempatan (0253 GMT Khamis).

“Dua daripada mangsa yang ditemui telah dibawa ke hospital di tanah besar, manakala dua lagi mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” kata jabatan bomba itu, lapor Xinhua.

Dilaporkan, operasi mencari dan menyelamat dijalankan bagi mengesan mangsa kelima yang dilaporkan berada di dalam pesawat terbabit.