Ansarullah Yaman kuasai kawasan tanah tinggi Bab al-Mandab

Angkatan Tentera Yaman menguasai sepenuhnya Selat Bab al-Mandab, menawan Pulau Mayun yang strategik di tengah-tengah laluan air itu serta memastikan kawalan penuh ke atas keseluruhan pesisir pantai Laut Merah Yaman menerusi operasi serangan pantas, menurut berita Mehr.

Susulan kemaraan yang signifikan itu, Angkatan Tentera Yaman telah berjaya menguasai kawasan tanah tinggi strategik yang menghadap ke arah Selat Bab al-Mandab.

Menurut Mehr, sumber Yaman yang bercakap kepada Sky News Arabia memaklumkan bahawa pasukan Ansarullah telah berjaya menawan kawalan banjaran gunung Kahboub, yang menghadap ke arah Selat Bab al-Mandab dan kawasan pesisir pantai sekitarnya.
Mereka juga dilaporkan telah menubuhkan posisi di kawasan tanah tinggi di selatan Taiz dan sedang berusaha untuk mengepung kawasan terbabit.

Menurut Mehr, (agensi berita) AFP, memetik sumber Yaman, turut melaporkan bahawa pasukan Ansarullah telah menyelesaikan proses penguasaan ke atas Selat Bab al-Mandab dan Pulau Mayun, yang terletak di tengah-tengah selat berkenaan.

Selepas tentera upahan disokong oleh Arab Saudi melarikan diri, bot-bot yang membawa pasukan Ansarullah tiba di Pulau Mayun.