Gelongsoran lumpur, tanah runtuh di Jiangxi, timur China: 6 maut, 9 hilang

Enam orang disahkan maut dan sembilan lagi masih hilang selepas beberapa siri gelongsoran lumpur dan tanah runtuh melanda daerah Suichuan di wilayah Jiangxi, timur China, menurut berita Xinhua.

Di kampung Mingkeng, pekan Gaoping, gelongsoran lumpur dan tanah runtuh pada Sabtu menyebabkan lima maut dan tujuh lagi hilang sehingga tengah hari Selasa, menurut pegawai tempatan, lapor Xinhua.

Selepas hujan lebat selama beberapa hari, seorang disahkan maut dan dua lagi dilaporkan hilang selepas tanah runtuh melanda pekan Zuo’an dan Tanghu di daerah yang sama.