Kebakaran melanda sebuah pasar di wilayah Papua Tengah, Indonesia awal Isnin, mengorbankan 11 orang, termasuk enam kanak-kanak, menurut berita Xinhua memetik polis tempatan.
Henry Manurung, jurucakap polis wilayah Papua Tengah, dilapor berkata kebakaran itu berlaku sejurus selepas tengah malam waktu tempatan dan cepat merebak ke rumah kedai berdekatan, memusnahkan kira-kira 40 bangunan.
Polis mengerahkan kenderaan meriam air untuk membantu memadamkan kebakaran, yang berjaya dikawal sekitar jam 3:30 pagi.
Saiz kebakaran dan jarak bangunan yang berdekatan bermakna proses pemadaman mengambil masa yang agak lama, kata Manurung.

