Jumlah kematian akibat banjir di Nepal cecah 1,342, dengan kira-kira 5,000 masih hilang

Jumlah kematian akibat banjir kilat yang dahsyat di Nepal mencecah 1,342, dengan beribu-ribu masih hilang, menurut berita Anadolu memetik pegawai dan laporan media tempatan pada Ahad.

Jumlah kematian akibat banjir kilat dan gelongsoran lumpur di sepanjang sempadan Nepal-China meningkat kepada 1,385, manakala 5,519 orang masih hilang 11 hari selepas bencana itu melanda, menurut Anadolu memetik data rasmi dari kedua-dua negara.

Pihak Berkuasa Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan Nepal dilapor berkata kira-kira 5,000 orang, termasuk 589 warga asing, masih hilang.

Lebih 13,000 orang setakat ini telah diselamatkan dari kawasan dilanda banjir.

Pihak berkuasa China dilapor berkata sekurang-kurangnya 43 orang telah disahkan meninggal dunia, manakala 519 yang lain masih hilang di Wilayah Autonomi Xizang barat daya, juga dikenali sebagai Tibet.

Daripada mereka yang hilang, 850 adalah warga asing, menurut angka rasmi dari Nepal dan China, lapor Anadolu.