Lima orang terbunuh dan lima lagi cedera selepas sebuah pesawat kargo Amazon terbabas di landasan dan terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami pada Ahad, kata pihak berkuasa, lapor berita Xinhua.
Kemalangan itu berlaku pada jam 1:58 petang waktu tempatan (1758 GMT), kata Syerif Daerah Miami-Dade, Rosie Cordero-Stutz pada sidang akhbar.
Lima orang dimasukkan ke hospital akibat kecederaan, menurut Datuk Bandar Daerah Miami-Dade, Daniella Levine Cava, lapor Xinhua, rakaman video menunjukkan asap tebal berkepul-kepul dari pesawat itu.
Menurut Xinhua, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dalam satu kenyataan berkata, Penerbangan Udara 7598 terbabas di landasan selepas mendarat di lapangan terbang sekitar jam 2 petang Waktu Timur (1800 GMT) pada Ahad.
Pesawat itu, sebuah pesawat kargo Boeing 767-300, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Luis Munoz Marin di San Juan, Puerto Rico, kata agensi itu, sambil menambah bahawa siasatan akan dijalankan.
Pesawat itu “mengalami insiden semasa cuba mendarat,” kata jurucakap Amazon, Kelly Nantel, dalam kenyataan FAA, lapor Xinhua.
“Ini adalah situasi yang pantas dan kami masih mengumpul butiran.”

