2 askar, 3 orang awam cedera dalam serangan bom tangan di selatan Filipina

Dua askar dan tiga orang awam cedera selepas penyerang tidak dikenali melontar bom tangan ke arah kenderaan tentera yang lalu di wilayah Maguindanao del Sur di selatan Filipina pada Sabtu, menurut berita Xinhua memetik pihak berkuasa tempatan.

Polis dilapor berkata askar-askar itu sedang menaiki trak tentera apabila dua lelaki yang menunggang motosikal melontar bom tangan ke arah kenderaan itu sebelum melarikan diri dari tempat kejadian. Bom tangan itu mendarat di satu sisi lebuh raya, bukan di dek kargo kenderaan itu, dan meletup.

Kelima-lima mangsa dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan.