Sekurang-kurangnya 39 orang maut dan sembilan lagi masih hilang akibat banjir, yang turut mencetuskan pecah takungan air, di selatan China, menurut berita Anadolu memetik pihak berkuasa tempatan pada Khamis.
Mangsa dilaporkan di wilayah autonomi Guangxi Zhuang, yang bersempadan dengan Vietnam, Anadolu memetik media kerajaan.
Takungan pecah berlaku di Takungan Liulan di ibu kota wilayah Nanning, pegawai dilapor berkata.
Beberapa bahagian di China telah menyaksikan ribut petir lebat, hujan lebat, tanah runtuh dan banjir sejak kebelakangan ini.
Hampir 900 ular terlepas dari sebuah ladang di kawasan Hengzhou di wilayah autonomi selepas banjir menyebabkan temboknya runtuh.
Di wilayah barat laut Gansu, sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh apabila tanah runtuh melanda sebuah kampung di daerah Tanchang, Anadolu memetik laporan media kerajaan pada Rabu.

