1 terbunuh, 6 hilang selepas bot tunda terbalik dan karam di luar pantai Korea Selatan

Seorang kru terbunuh dan enam lagi hilang pada Rabu selepas sebuah bot tunda terbalik dan karam di luar bandar pelabuhan tenggara Korea Selatan, Busan, menurut berita Xinhua memetik agensi berita Yonhap.

Vesel seberat 286 tan itu, yang membawa lapan pelaut, membabitkan enam rakyat Korea Selatan dan dua rakyat Indonesia, terbalik di perairan Busan kira-kira jam 1:29 petang waktu tempatan (0429 GMT).

Penyelamat pengawal pantai menemui seorang pelaut Korea Selatan berusia 50-an yang tidak sedarkan diri dari dalam vesel yang terbalik itu, tetapi dia disahkan meninggal dunia selepas dikejarkan ke hospital.

Bot tunda itu karam sepenuhnya sekitar jam 3:27 petang di perairan sedalam kira-kira 87 meter.