Wanita muda maut selepas terjun tali dari ketinggian 40 meter di Sao Paulo Brazil

Seorang wanita berusia 21 tahun meninggal dunia pada Sabtu di Brazil selepas dilepaskan dari platform setinggi kira-kira 40 meter semasa aktiviti terjun tali tanpa tali keselamatan, kata pihak berkuasa tempatan, menurut berita Xinhua.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di jambatan Ponte do Esqueleto di Limeira, sebuah bandar di tenggara negeri Sao Paulo.

Ketika aktiviti itu, instruktor gagal memasang peralatan keselamatan yang diperlukan untuk mengelakkan mangsa daripada terjatuh ke tanah, pihak berkuasa dilapor berkata.

Pihak berkuasa dilapor berkata, dua suspek cuba melarikan diri ke kawasan hutan berdekatan selepas kemalangan itu.

Mereka kemudiannya ditemui semasa operasi mencari. Secara keseluruhan, enam orang telah ditahan dan dibawa untuk disoal siasat oleh polis.

Anggota bomba dan pasukan perubatan kecemasan dihantar ke tempat kejadian, tetapi wanita terbabit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.