Menurut berita Reuters, tentera AS melancarkan serangan terhadap Iran pada Jumaat, kata Perintah Pusat dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa pesawat AS menyerang lokasi penyimpanan peluru berpandu dan dron Iran serta tapak radar pantai selepas serangan Tehran ke atas sebuah kapal komersial di Selat Hormuz.
ector Rusthenford Guerrero Flores
-
Tentera AS dilapor serang Iran
Tentera AS melancarkan serangan terhadap Iran pada Jumaat, kata Perintah Pusat dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa pesawat AS menyerang lokasi penyimpanan peluru berpandu dan dron Iran serta tapak radar pantai selepas serangan Tehran ke atas sebuah kapal komersial di Selat Hormuz, menurut berita Reuters.
-
Gempa Venezuela: Angka maut meningkat kepada 920
Angka maut akibat bencana itu meningkat kepada sekurang-kurangnya 920 orang dan lebih 51,000 orang hilang, menurut berita AP.
Gempa bumi dahsyat itu berukuran 7.2 dan 7.5 magnitud, melanda lewat Rabu.
-
Angka maut gempa Venezuela meningkat kepada sekurang-kurangnya 920 orang
Angka maut akibat bencana itu meningkat kepada sekurang-kurangnya 920 orang dan lebih 51,000 orang hilang, menurut berita AP.
Gempa bumi dahsyat itu berukuran 7.2 dan 7.5 magnitud, melanda lewat Rabu.
-
Pesawat kecil dilapor terhempas ke bangunan tertinggi di Beijing
Sebuah pesawat kecil terhempas ke bangunan tertinggi di Beijing pada Jumaat, menurut berita AP memetik penyedia perkhidmatan pengesanan penerbangan global Flightradar24 mengesahkan, susulan laporan saksi dan pemindahan di daerah perniagaan bandar itu.
Menurut AP, dalam catatan media sosial, Flightradar24 menyiarkan laluan penerbangan pesawat, Sunward SA 60L Aurora, yang berlepas dari lapangan terbang kira-kira 50 kilometer (30 batu) di timur Beijing. Ia menuju ke barat dan berakhir di sebelah timur East Third Ring Road sejurus sebelum jam 6 petang waktu tempatan.
Penyedia data penerbangan itu berkata pesawat itu terhempas di Menara CITIC, juga dikenali sebagai China Zun, yang menjulang lebih daripada 1,700 kaki (528 meter), di sebelah timur jalan lingkaran utama dalam gugusan bangunan pencakar langit, menurut AP.Menara CITIC setinggi 108 tingkat, berbentuk seperti bekas wain Cina purba, merupakan satu daripada bangunan pencakar langit yang paling dikenali di Beijing.
Tidak diketahui dengan segera punca nahas di bandar yang mempunyai kawalan ruang udara yang ketat itu, termasuk larangan dron baru-baru ini. Maklumat mengenai juruterbang juga tidak tersedia dengan segera, lapor AP, tiada maklumat segera sama ada terdapat sebarang mangsa di darat.
-
4 rakyat Palestin, termasuk 3 polis maut serangan Israel di Gaza
Tiga polis dan seorang awam Palestin terbunuh dan beberapa yang lain cedera dalam serangan udara Israel di Jalur Gaza pada Jumaat, menurut berita Xinhua memetik agensi berita rasmi Palestin WAFA dan sumber perubatan.
Menurut Xinhua, WAFA melaporkan sebuah dron Israel melanda sebuah kenderaan dekat pintu masuk kem pelarian al-Maghazi, membunuh tiga orang dan mencederakan beberapa yang lain.
Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan Negara Palestin mengesahkan dalam satu kenyataan, tiga orang yang terkorban adalah polis, menurut Xinhua.
Secara berasingan, sumber perubatan tempatan dilappor berkata seorang pemuda Palestin maut dalam bedilan Israel ketika mengumpul kayu api di pekan utara Beit Lahia.
Tentera Israel masih belum mengulas mengenai serangan itu, menurut Xinhua.
Angka terkini daripada pihak berkuasa kesihatan berpangkalan di Gaza, 1,031 rakyat Palestin telah terbunuh akibat tembakan tentera Israel sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada Oktober tahun lalu, menjadikan jumlah kematian sejak Oktober 2023 kepada 73,043, menurut Xinhua.
-
Gempa 5.0 magnitud landa 58 km selatan Boca de Yuma, Republik Dominika
Gempa bumi berukuran 5.0 magnitud menggegarkan 58 km selatan Boca de Yuma, Republik Dominika, pada 1606 GMT Jumaat, menurut berita Xinhua memetik Tinjauan Geologi AS (USGS).
Pusat gempa, dengan kedalaman 71.3 km, pada mulanya ditentukan berada pada 17.86 darjah latitud utara dan 68.54 darjah longitud barat.
-
Trump tuduh Iran langgar gencatan senjata dengan serangan dron di Hormuz
Presiden AS Donald Trump berkata pada Jumaat bahawa Iran melanggar perjanjian gencatan senjata antara kedua-dua pihak dengan melancarkan sekurang-kurangnya empat dron serangan sehala ke kapal komersial yang melintasi Selat Hormuz, menurut berita Xinhua.
“Satu daripada dron itu melanda dek atas kapal pembawa kargo yang besar dan sangat mahal,” Trump dilapor sebagai mencatatkan di Truth Social.
“Kerosakan telah berlaku, tetapi kapal itu dapat meneruskan perjalanannya,” katanya. “Kami menjatuhkan tiga dron lain.”
Trump berkata serangan dron itu “jelas” melanggar perjanjian gencatan senjata AS-Iran yang baru ditandatangani, menurut Xinhua.
Dia tidak menamakan kapal itu atau menyatakan bila serangan itu berlaku, lapor Xinhua, walau bagaimanapun, tentera British berkata pada Khamis bahawa sebuah vesel kena projektil di luar pantai Oman.