Seorang maut, 4 terperangkap dalam tanah runtuh di selatan China

Seorang disahkan meninggal dunia dan empat lagi masih terperangkap susulan tanah runtuh di wilayah autonomi Guangxi Zhuang, selatan China pada Isnin, menurut berita Xinhua memetik pihak berkuasa tempatan.

Kejadian itu berlaku sekitar jam 11:26 pagi di Perbandaran Mangchang, Daerah Nandan, lapor Xinhua memetik biro pengurusan kecemasan daerah itu.