Sekurang-kurangnya 28 maut kebakaran besar kilang kasut di Fujian, timur China

Sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh apabila kebakaran besar melanda sebuah kilang kasut di wilayah Fujian timur China pada Khamis, menurut berita Anadolu memetik South China Morning Post.

Kebakaran itu dilaporkan berlaku di kilang Kasut Huiteng di Jalan Kaituo Timur di kampung Jiangtou di pekan Chendai, Jinjiang.

Dilaporkan, rakaman tersebar di media sosial menunjukkan api gergasi dan asap hitam tebal berkepul-kepul dari bangunan itu, dengan beberapa orang terperangkap di atas bumbung memberi isyarat meminta bantuan.

Presiden Xi Jinping mengarahkan usaha “habis-habisan” untuk menyelamatkan serta merawat mangsa dan menyiasat, menurut Anadolu.