Data baharu daripada Eurostat menunjukkan sedikit penurunan dalam penggunaan tembakau harian di seluruh EU (Kesatuan Eropah) pada 2025 apabila 16.5% penduduk menggunakan tembakau dan produk berkaitan sehingga tahun 2025, menurut laporan Anadolu bertarikh 5 Ogos lalu.
Bulgaria mencatatkan kadar penggunaan harian tertinggi dengan 26.3%, dan Belanda yang terendah dengan 9.9%, Anadolu memetik Eurostat.
Pada 2025, 16.5% orang yang berumur 16 tahun ke atas di seluruh EU menggunakan tembakau dan produk berkaitan, termasuk rokok elektronik, kantung nikotin dan produk tembakau yang dipanaskan, setiap hari.
Angka ini mewakili sedikit penurunan daripada kadar 17.5% yang direkodkan pada tahun 2022.

