Letupan dilaporkan kedengaran di kawasan Sirik, selatan Iran

Letupan dilaporkan lewat Jumaat di kawasan pelabuhan Sirik di selatan Iran, lapor berita Anadolu memetik televisyen kerajaan Iran.

Ia dilapor berkata, memetik sumber dari kegabenoran Hormozgan Iran, bahawa bunyi letupan kedengaran selepas Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) melepaskan tembakan amaran di Selat Hormuz.

Menurut Anadolu, agensi berita separa rasmi Mehr juga melaporkan sebelum ini bahawa penduduk melaporkan bunyi “seperti letupan” di beberapa bahagian Pulau Qeshm dan kawasan pesisir pantai Daerah Sirik.