Lelaki ditangkap selepas melepaskan tembakan di pusat beli-belah Oslo

Seorang lelaki berusia 19 tahun ditangkap selepas melepaskan tembakan di dalam sebuah pusat beli-belah di ibu kota Oslo, Norway pada pagi Isnin, polis mengesahkan, menurut Xinhua, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Tembakan itu dilaporkan berlaku di Storo Storsenter, salah satu pusat beli-belah terbesar di Oslo.

Menurut polis, suspek memasuki bangunan itu dan melepaskan satu tembakan dari senapang patah ke siling.